Saturday, April 2, 2016

Kemaman Waterfront

Beriadah di Kemaman Waterfront

Lokasi terletak di sepanjang sungai Kemaman seperti gambar dibawah. Dua laluan utama untuk masuk ke kawasan ini iaitu jalan bawah Jambatan Geliga ataupun melalui Kg. Dusun Nyior.


Antara aktiviti yang menarik boleh dilakukan disini
  1. Melakukan aktiviti bersukan seperti bersenam, jogging dan berbasikal. Oleh kerana kawasan tersebut terletak di pinggir sungai Kemaman, udara yang segar dan nyaman dapat dirasai semasa beriadah disini. Jarak laluan pinggir sungai dianggarkan lebih kurang 3km dari Taman Persiaran ke Jambatan Geliga.
  2. Aktiviti malam yang meriah seperti roller skating / roller blade. Jika anda datang pada waktu malam, jangan lupa mencuba permainan roller skating / roller blade yang disediakan. Harga RM5 sahaja untuk setengah jam, sangat berbaloi. Untuk anak kecil pula, boleh mencuba permainan kereta mini dalam harga RM5 untuk 15 minit.
  3. 3D Art Park dan Splash Park. Fasiliti yang baru sahaja dibina, sesuai untuk keluarga beriadah. Bagi yang gemar bergambar, inilah masa anda mencuba 3D Art dan ianya percuma. Gunakan kreativiti anda mengambil gambar untuk kelihatan menarik.
  4. Bermain layang-layang. Oleh kerana kawasan yang lapang dengan tiupan angin yang baik, sangat sesuai jika bermain layang-layang bsersama keluarga.
  5. Beriadah sambil melihat bot nelayan lalu lalang. Aktiviti yang sangat sesuai dilakukan bersama keluarga tercinta. Dapat menenagkan fikiran anda dikala kesibukan kerja seharian.
  6. Memancing ikan. Sesuatu yang dapat dilihat setiap hari disini, ada yang datang memancing bersendirian, ada juga bersama keluarga dan rakan rakan.  
 

 
 
 

Antara kemudahan yang ada
  1. Surau untuk kemudahan beribadah
  2. Tandas yang diselia dengan baik
  3. Kawasan parking yang luas
  4. Gerai jualan makanan ringan
  5. Gazebo yang besar dan selesa
  6. Pagar disenpanjang tebing sungai

Suasana kegembiraan dikala waktu malam  

Sunrise di Kemaman Waterfront 

Sekian.